Saturday 4 August 2012

bErPuAsA...- > terapi insani ^^


                      RAMADHAN-TIME T0 RECHARGE... =D

          Umat Islam di seantero dunia telah mengamalkan amalan berpuasa sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Ibadah ini merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam . Maka, ibadah ini wajib dilaksanakan. Bulan ramadhan yang sedang kita lalui ini perlu kita manfaatkan sebaik mungkin, sebelum ia melambai pergi. Hakikatnya, berpuasa adalah sebuah amalan yang bukan sahaja  mampu menge'charge' jasmani kita, malahan rohani...


           Puasa,sebagaimana yang disyariatkan kepada kita, adalah satu program khusus yang melibatkan diet umat Islam seluruh dunia. Berdiet sebagai medium perubatan dalam menyembuhkan penyakit tertentu bukanlah perkara luar biasa hari ini. (Subhaanallah!)Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pengurangan kadar makanan mampu membantu tubuh memperelokkan fungsinya. Walaubagaimanapun, kebanyakan umat Islam pada hari ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya  telah mengamalkan sebuah program diet yang dilakukan secara konsisten setiap tahun.

            
Manfaat berpuasa dapat dilihat dari aspek:-



                                  

   
    Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
          

                            
                           


      

       Kawalan stress: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, in sya Allah.
                       
                                                








          Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukosa) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.




                                       






     Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.


                                                                



     
                     
      Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk mengurangkan kadar hipertensi (tekanan darah tinggi). Hipertensi boleh disebabkan oleh kegagalan ginjal atau ketidakseimbangan hormon terutamanya malfungsi kelenjar adrenal. Kadangkala kehamilan atau penggunaan pil kontraseptif juga menyebabkan kejadian hipertensi sementara waktu. Walaupun sebab sebenar hipertensi tidak diketahui, faktor genetik juga diimplikasikan sebgai punca masalah tekanan darah tinggi.
        
          Jadi,apa tunggu lagi? Ayuh kita jadikan ibadah berpuasa sebagai katalis dalam meningkatkan pembangunan rohaniah dan lahiriah. Teruskanlah berpuasa walaupun di luar bulan Ramadhan..





               (184) وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ                         Maksudnya:"...dan berpuasa itu lebih baik bagimu jika kamu      mengetahui"  (al-Baqarah: 184)



                             
   
                                             

Friday 8 June 2012

Dianiaya?? Mesti bace!!

Assalaamualaikum....harap sume yg sedang membaca blog ni dalam keadaan yg sihat n sejahtera. Kalau badan dah sihat,hati pun harap2 nye sihat la jugak...ye? Duduknye ana menghadap komputer ni bukanlah untuk menaip artikel ni panjang2 sampai antum x larat nak bace ,tetapi sekadar untuk berkongsi ilmu yg ana tau sket2..

        Kita sebagai makhluk yg begelar manusia, sudah confirm kita akan diuji dengan berbagai-bagai dugaan. Semakin besar ujian yg kita hadapi,semakin besarlah kemampuan kita untuk menghadapinya. Kalau x percaya,cuba check awal ayat 286 ,Surah Al-Baqarah. So,kita kena yakin bahawa kita sume mampu untuk menghadapi ujian di dunia ni walau sebesar mana pun yg kita lalui.

        Salah satu ujian yg selalu kita hadapi ialah dianiaya oleh manusia lain. Mungkin ada yg dianiaya dengan sesuatu perkara yg besar,mungkin juga ada yg dianiaya dengan perkara yg x brape nak besar(contohnye macam slipper kena curik!). Ramai di antara kita yg mudah mengeluh apabila ditimpa musibah. Tidak kurang juga yg mengeluarkan berdozen-dozen carutan ketika menghadapi situasi sedemikian rupa. Namun begitu,golongan yang dinyatakan tadi bukanlah dikategorikan sebagai orang yg dianiaya!

        Hakikat orang yang dianiaya adalah mereka yg sabar dan taqwa ketika dianiaya. Orang yang sabar tetapi tidak disertai dengan taqwa juga  bukanlah orang yg dianiaya.Perkara ini telah dinyatakan di dalam sebuah bayan yang disampaikan oleh Maulana....(sorry,ana x ingat nama beliau).So,keSABARan kita ketika menghadapi ujian hendaklah disertai dengan TAQWA. Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menyimpulkan bahawa TAQWA yang benar adalah mempertahankan diri untuk mentaati Allah.

       Kita selalu dengar ayat ni"...doa orang yang dianiaya akan makbul...". Kesimpulannya,kita hendaklah berdoa supaya 'si penganiaya' akan mendapat hidayah serta tidak mengulangi kesilapan yg sama. Jangan sesekali mendoakan keburukan orang yang menganiaya! Bayangkan kalau kita amalkan apa yg kita baru bace ni,sudah pasti akan lahir satu komuniti yg bertaqwa terutamanya di bumi SAMBESTARI ini.InsyaAllah!!!


P/S:Kalau ada salah dan silap harap ditegur....                                                       -analogizer -

Monday 4 June 2012

Saturday 17 March 2012

Kita adalah khalifah!


Wujud dikalangan manusia menyatakan bahawa Islam ini adalah agama yang sempit dan jumud.
Sebenarnya, Islam tidak pernah sesekali mengenepikan dunia.
Bahkan Islam mendidik penganutnya untuk mentadbir dunia.
Bukankah Allah menurunkan kita ke dunia sebagai khalifah?


Kita ini khalifah.
Allah SWT berfirman:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 30.
Ya. Itulah dia bukti bahawa dunia ini bukanlah sesuatu yang patut kita biarkan begitu sahaja. Kita adalah khalifah. Pentadbir dunia.
Kita sepatutnya tidak meninggalkan dunia ini terkontang-kanting dipandu oleh Jahiliyyah. Tetapi kitalah yang sepatutnya mengikat dunia ini dengan cahaya kebenaran daripada Allah SWT. Dengan Islam. Dengan iman dan taqwa.
Ya. Bukan semata-mata terpenjara di dalam masjid dan di atas tikar sejadah.
Perlu menjadi muslih(yang men’soleh’kan orang) bukan sekadar menjadi ‘soleh’.
Allah SWT berfirman:
“Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.” Surah Al-Baqarah ayat 201-202.
Mendalami perkara ini, jelas kita perhatikan bahawa, hendak berjaya di akhirat itu, apakah peluangnya? Bukankah peluangnya di dunia? Ya. Kehidupan kita di dunia inilah merupakan saham kita di akhirat sana.
Maka bagaimanakah kita mampu menggapai akhirat dengan jayanya, sekiranya kita biarkan dunia ini rosak dengan maksiat dan kemungkaran yang berleluasa? Bagaimana kita mahu berjaya di akhirat, sekiranya di dunia ini dipenuhi dengan perkara yang menjauhkan manusia daripadaNya?
Di sini, tidakkah tercetus di dalam diri kita betapa kita perlu ‘membentuk’ dunia ini, agar menjadi satu tempat yang kondusif untuk mengejar redhaNya?
Tidakkah kita merasakan bahawa kita perlu ‘mentadbir’ dunia ini sebaiknya?
Tidakkah kita ingat akan firman Allah SWT:
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.”Surah As-Saba’ ayat 96.
Tidakkah kita mahukan perkara itu? Bagaimana mahu menjadikan penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertaqwa, sekiranya pemimpinnya tidak mengimarahkan negeri itu dengan amalan kebaikan, tidak menyediakan banyak saluran untuk masyarakatnya memahami Islam yang sebenar, tidak membina jiwa dan peribadi rakyatnya?
Ya. Tidakkah kita melihat bahawa Islam juga mendidik kita untuk ‘membina’ dunia?

Penutup: Maka Jadilah Yang Tertinggi. Hanya Rendah KepadaNya Sahaja!
Kita hanya hamba kepada Allah SWT. Kita tidak pernah tunduk kepada yang selainNya. Hatta Dunia. Ya. Kita tidak tunduk kepada Dunia. Kita MENTADBIR dunia.
Kita tidak meninggalkan kekuatan ekonomi, kekuatan di dalam hiburan, kekuatan di dalam teknologi, kekuatan di dalam pemerintahan, dan memasungkan diri kita di dalam masjid semata-mata, menyibukkan diri kita dengan ibadah khusus semata-mata.
Tetapi kita membina ekonomi itu, hiburan itu, teknologi itu, pemerintahan itu, di atas dasar-dasar Islam, di atas dasar ketaatan kita kepada Allah SWT.
Ya. Itulah dia khalifah.
Itulah dia pentadbir Dunia.
Kita tundukkan dunia kepadaNya.
Bukan meninggalkan dunia, agar diperintah oleh musuh-musuhNya.
Mari kita hidupkan jiwa khalifah ini. Mari kita hidupkan jiwa pentadbir ini. Mari bercita-cita tinggi. Mari kerah usaha keras. Jangan kita tunduk berdiam diri dan melewati hari dengan jahiliyyah yang memerintah dunia ini.
Kita yang perlu memerintahnya, agar seluruh isi dunia ini tunduk kepadaNya.
Ayuh. Mari Menjadi Hamba, hanya kepada Dia!

via: http://langitilahi.com/7476




Monday 6 February 2012

Taubat Setelah 40 tahun Bergelumang Dosa

Pada zaman Nabi Musa a.s., pernah berlaku musim kemarau yang panjang kepada Bani Israel. Lantaran itu, mereka berhasrat untuk berkumpul dan menemui Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun.  


     Mereka merayu kepada ketua mereka dengan berkata: "Wahai nabi Allah yang merupakan kalamNya, tolonglah mohon kepada Tuhanmu agar Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami."
     
     Kemudian Nabi Musa a.s. bersama-sama kaumnya berangkat menuju ke kawasan lapang. Menurut suatu pendapat seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qudamah dalam al-Tawwabin, bilangan mereka pada waktu itu lebih kurang 70 ribu orang.


     Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju , maka Nabi Musa a.s. mula berdoa agar diturunkan hujan (al-istisqa'). Antara isi doa tersebut adalah:
      
     "Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan cuaca semakin panas."


     Allah s.w.t. telah menurunkan firman-Nya yang bermaksud: "Aku tidak merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Cuma dalam kalangan umatmu ini , ada seorang yang telah melakukan perbuatan maksiat selama 40 tahun. Selagi dia masih berada dalam kumpulan umatmu ini, maka dia menjadi penyebab terhalang turunnya hujan untuk kamu semua."


     Nabi Musa a.s. kembali berkata:"wahai tuhanku aku adalah hamba-Mu yang lemah,suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarinya dalam lingkungan jumlah manusia yang melebihi 70 ribu orang ini?"


    Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:" Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Akulah yang akan menyampaikannya kepada mereka!"


    Mentaati dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa a.s. segera berdiri dan berseru kepda kaumnya: "Wahai seorang hamba yang derhaka kepada Tuhannya, sudah lama engkau melakukan dosa kepada Allah s.w.t. Keluarkanlah kamu dari tempat ini, kerana kewujudanmu menghalang hujan daripada diturunkan oleh Allah s.w.t kepada kami semuanya."
    
Mendengar seruan daripada Nabi Musa a.s. maka orang derhaka yang dimaksudkan itu berasa sangat serba salah. dia melihat ke kanan dan ke kiri. Namun, dia tidak melihat seorang pun yang keluar. Dengan demikian, yakinlah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa a.s. itu ialah dirinya sendiri. Dalam hatinya timbullah penyesalan yang amat mendalam.


    Dia berkata dalam dirinya: "Jika aku keluar daripada kumpulan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini. Dimanakah akan diletakkan maruah dan kemulian keluargaku ? Tentulah mereka akan dipandang hina keranaku. Akan tetapi jika aku tetap bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah s.w.t. Ya Allah! kesalnya aku, malunya aku. Terimalah taubatku, aku berjanji tidak akan mengulangi maksiat2 itu lagi. Ya Allah, sesungguhnya aku telah derhaka kepadaMu selama lebih 40 tahun,walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku, dan sekarang aku datang kepdaMu dengan ketaatan, maka terimalah taubatku ini. Janganlah dibuka keaibanku di hadapan ramainya hamba2 Mu dan Nabi2Mu."


      Akhirnya, lelaki itu bertekad menundukkan kepalanya kerana bimbang dilihat oleh orang ramai yang mencari-cari siapa sebenarnya pesalah yang dikehendaki itu. Beberapa detik selepas itu, kelihatan awan berkumpul di langit. Seiring dengan itu, hujan pun turun dengan lebatnya.
   
    Melihat keadaan demikian, maka Nabi Musa a.s. berkata:"Tuhanku, mengapakah engkau mengurniakan nikmat dan rahmat hujan kepda kami sedangkan pesalah belum lagi menyerah diri?" 


    Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:"Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga disebabkan oleh orang tersebut yang dahulunya menjadi sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu."


    Nabi Musa a.s. berkata:"Tuhanku, lihatlah kepadaku siapa sebenarnya hambaMu yang dimaksudkan itu?"


    Allah s.w.t. telah berfirman, maksudnya:"Wahai Musa, dahulu ketika dia melakukan maksiat dan derhaka kepadaku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah kembali melakukan ketaatan kepadaKu?"