Thursday 15 August 2013

Periksa?? Oh tidak!!


Facebook chatting:
"Bedah, nextweek exam eh??"
"Ye kot.. alah, UP je.. last minute pon boleh.. yg kau gelabah sangat apahal?"
"Sayang kau.. kau dh mententeramkan hati aku yang gusar ni"
(perbualan di atas menggunakan bahasa yang tidak boleh dipakai di dalam dialog peperiksaan)
Assalamualaikum.. *grin* teehee
Jadi khalifah-khalifah sekalian jom! kita muhasabah balik untuk apa kita belajar atau menuntut ilmu atau mengambil ilmu atau mencari ilmu atau dll??
Untuk... Periksa?
"Periksa SAHAJA.. ok.. SAHAJA.. nak aku ulang lagi SAHAJA. nothing to do with my future.. "
Kalau khalifah yang sedang membaca ingin tahu, sebenarnya periksa adalah salah satu ujian daripada Allah dan ujian daripada Allah, merupakan ujian-ujian sebelum sebelum peperiksaan kita yang terbesar yakni Akhirah. 
'' Kelas, apa makna aakhirah??''
''Erti akhirah ialah hari kebangkitan semula makhluk di akhirat bagi menghisab amalan mereka di padang mahsyar sebelum ditempatkan sama ade di syurga atau di neraka" (nada berirama macam sekolah rendah)
Ya, itu dia. Untuk melepasi peperiksaan yang besar, 'with flying colours' kita kena la melepasi semua ujian-ujian kecil ini dan salah satu daripadanya ialah peperiksaan. (UP1, UP2, PPT, PAT, UPSR, PMR, SPM dan ll)
"Kau sembang kencang, banyak lagi la ujian lain, ujian kesabaran, keikhlasan. ei! ade juga yang.."
Bro, tenang. Tarik nafas. Lepas. 
Kalau kita imbas kembali peperiksaan yang dah pun kita lalui banyak kot hikmahnya. Cuma kita yang tak perasan. Khusyu' sangat study.
Peperiksaan, mengajar kita erti menghargai masa, tatkala waktu senggang kita dirampas oleh ilmu.
Tapi, berbaloilah daripada layan mukabuku, wii cat, (bunyi burung), wassap, mi tube dll.
Dan kalau perasaan, masa periksa la baru kita sibuk mencari makanan sunnah yang dapat menguatkan daya ingatan, boikot air gas, sanggup tak makan maggi. Ya tak?
Kita sibuk mencari yang terbaik masa periksa SAHAJA ? 
Daripada bangun masa azan subuh, 
"Assolaatu khairum minan naum!!"
"Mat, dah subuh ea?'
Bila dekat dengan peperiksaan, masa tu kita nak qiammullail, kalau boleh kita la yang bangun paling awal daripada tidur.
Daripada bercucuk tanam masa riadhah, 360 darjah terus lari padang 10 kali dalam masa setengah jam.
Subhanallah. Hebatnya.
Jadi, adakah peperiksaan itu tidak membawa apa-apa makna dalam diri kita?
"Alah masa tu je die buat, lepas tu tak buat dah.. "
Jadi, anda hamba Allah atau hamba peperiksaan?
Tepuk dada.. tanya siapa? tanya Iman..
"Kenapa aku berubah masa periksa?"
Anda adalah sangat rugi jika anda belajar untuk periksa sahaja.
Lagipun belajar ini, adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلىَ كُلِّ مَسْلَمٍ

”Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim.” (HR. Ibnu Majah)

Jadi, jika anda cinta akan Rasulullah saw, sahutlah seruan baginda.
Cuba anda bayangkan, jika anda tidak mencari ilmu, dan hanya bergantung pada ilmu yang  sedia ada. 
Anda akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Nak lompat tak boleh, apa pun tak boleh.
Jika anda tidak belajar anda tidak akan dapat menjalankan kewajipan anda sebagai seorang muslim. 
Sebagai contoh, solat. Jika anda menginginkan solat yang khusyu' dan yang diredhai oleh Allah swt, anda mesti mencari ilmu untuk solat. Dan yang lain- lain seperti zakat, haji. 
Supaya apa yang anda kerjakan tidak sia-sia seperti buih di lautan. Atau mungkin nasi basi.
Meaningless. Sia-sia,
Kalau berkesempatan untuk bermusafir, pergilah. Tapi bagi kita yang masih bersekolah, pulun habis-habisan belajar kat sekolah.
Sebenarnya, kehidupan kita ni adalah lautan ilmu. Setiap hari ada perkara baru yang kena akan pelajari. 
Tetapi, segalanya bergantung kepada kita sama ada nak ambil atau tidak.
 Ok, berbalik kepada peperiksaan tadi.
' Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon tidak berbuah '
"Basi la"
Basi tak basi, kita hayati ke tidak? (hayati bukan nama orang)
"Ada kena mengena ke??"
Mestilah ada.
Ok. Sebagai contoh bagi muslimin,
solat berjemaah di masjid/surau merupakan satu sunnah yang sangat dituntut, sehinggakan lelaki buta pun Rasulullah saw suruh solat berjemaah di masjid/surau.
Dan pernah dalam satu hadith, diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw telah bersabda,

Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.    (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Andai kata, kita ada ilmu tapi ilmu tu tak dapat nak diamalkan contohnya macam Biologi dll, kita boleh mengajarkannya kepada orang lain, supaya kita tidak lupa dengan ilmu tu.
Macam mana nak senang dapat ilmu?
Caranya ialah, 
1.  Meminta ilmu kepada Sang Pencipta ilmu
2. berusaha mencari si penyebar ilmu yang benar-benar yang  memahami sesuatu ilmu (yang anda kehendaki)
3. bertawakal
4. meminta keberkatan daripada si pemberi ilmu
5. anda harus betul-betul mahukan ilmu (bersungguh-sungguh)
6. jauhi maksiat kerana ilmu itu cahaya dan Allah tidak akan memberi cahaya kepada si pelaku maksiat.

Tak rugi pun cari ilmu. Buktinya Allah tidak menghisab para ulama'  yang mengamalkan ilmunya ketika di padang mahsyar nanti. Terus dapat masuk Syurga.
Lagipun, orang yang menuntut ilmu ni dihapuskan segala dosa-dosanya selama mana dia menuntut ilmu.
Memang tak rugi.
Menuntut ilmu kerana mahukan redha Allah.
Allah suka orang yang menuntut ilmu.
Jadi, kita hamba Allah atau hamba periksa?

"Memang susah nak masuk Syurga, tapi tak mustahil"
Assalamualaikum  warahmatullahi wabarakaatuh
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad





Friday 28 June 2013

5 FAKTA pelik tentang BABI yang ramai tidak perasan.

  1. Dalam dunia yang semakin maju, perkataan babi seolah-olah menjadi pujaan segelintir muda-mudi.  Ayat-ayat yang dilafazkan kebiasaannya disertakan dengan kalimah 'babi'. Lebih merisaukan, kalimah 'babi lebih banyak diungkapkan daripada kalimah Allah.

  2.  Ramai yang tidak malu mendedahkan aurat sepertimana babi tersebut. Mungkin mereka terlupa,bahawa manusia itu berbeza dengan babi.

  3. Secara fitrahnya, babi memang suka menyondol apa sahaja yang ada di hadapannya,tidak kisahlah sama ada yang di hadapannya itu pokok, batu, ataupun babi-babi yang lain. Namun,ada juga segelintir manusia yang suka 'menyondol' apa-apa yang ada dihadapannya, sampaikan peraturan yang mengikut syariat pun mahu disondolnya.

  4. Kebanyakan manusia begitu sensitif apabila wujud barangan yang dikhuatiri mengandungi unsur babi, takut termakan mungkin. Tapi, tidak ramai yang sensitif apabila terrrmakan 'daging saudaranya' sendiri. (Mengumpat)

  5. Ada juga dikalangan manusia yang lupa bahawa mereka ialah manusia dengan mencontohi cara babi makan. Haiwan ini sememangnya haiwan yang terkenal dengan caranya yang gelojoh ketika makan.

    Bahkan, makanan yang dikencingnya pun sanggup dimakan. Apa yang pelik, masih ada manusia yang suka makan gelojoh dan minum 'air kencing syaitan'.
    ..............................................................................................

    Manusia bukan babi. Babi bukan manusia.

    Manusia ialah sebaik-baik kejadian.

    Jadi,
    jaga mulut,
    jaga hati,
    jaga tubuh
    berkelakuanlah seperti manusia. ^_^

    "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian.."
                                                                          (Surah At-Tin:4)

Saturday 13 April 2013

Be wise!


Be wise!

Salam sejahtera semua.
Harap-harap semuanya sihat sentiasa.
Harapnya iman juga masih terjaga.
Aiseh..~
Ni ha. Nak bawakan 3 situasi. Rasa-rasanya pernah nampak tak?

Situasi 1:
Seorang kakak sedang membawa adik bongsunya yang masih belajar di tadika berjalan-jalan di taman permainan. Kakak mithali la ni kiranya. Dan di situ, si adik terlihat kawan-kawannya begitu seronok bermain gelongsor. Jadi, si adik beritahu kakaknya yang dia pun nak main sekali. Si kakak benarkan dengan syarat si adik tadi kena main kat kawasan tu je supaya senang la dia nak tengok-tengokkan si adik yang boleh tahan nakalnya tu. Sambil duduk-duduk kat bangku, si kakak pun makan la aiskrim solero yang dibeli daripada pakcik asikrim yang bawa motosikal tu.
Lebih kurang 20 minit kemudian, si adik yang sudah penat bermain datang kepada kakaknya. Dia mengajak kakaknya pulang sebab mungkin haus agaknya. Sudah la kakaknya makan aiskrim solero sorang-sorang sampai habis pula tu. Si kakak pun bangun dan memimpin tangan adiknya untuk berjalan pulang ke rumah. Semasa berjalan, si kakak membuang plastik aiskrim tadi ke tepi jalan. Si adik nampak terkejut jadi dia pun bertanya.
Adik: Akak, kenapa buang sampah tu kat tepi jalan? Kat tadika, cikgu cakap jangan buang sampah         merata-rata la.
Kakak: Ala, akak tak nampak tong sampah la. Akak buang je la kat situ. Biar je la. 
Adik: Nanti kita buang la kat rumah. Jangan buang kat situ. Nanti kotor tepi jalan tu. Kat sekolah cikgu akak tak ca....
Kakak: Hissh. Adik ni banyak cakap la. Akak cubit karang. Tutup mulut tu.
Si adik pun terdiam.

Situasi 2:
Di dalam sebuah gerabak KTM, terdapat 3 beradik yang terpaksa berdiri kerana semua tempat duduk sudah penuh. 2 orang abang dan seorang adik lelaki yang baru masuk darjah satu. 2 orang abang tadi bersandar di pintu KTM sambil ralit ber'SMS'. Tiba-tiba si adik bersuara.
Adik: Along ngan Angah, kenapa sandar kat pintu tu? Kan ade tulis kat situ, 'Dilarang bersandar'. Bahaya la along, angah.
Along: Eh, kau ni bising la. Suka hati aku la nak sandar ke, nak baring ke. Kacau je aku bersms.
Angah: Adik, apa yang bahayanya? Tengok ni, kitorang sandar, tak jadi apa-apa pun. 
Adik: Yelah, nanti kalau tiba-tiba pintu ni terbuka, kan bahaya.
Angah: Skema la adik ni. Along, tengok la adik kita ni. Skema betul. Haha..
Si along dan angah ketawakan adik mereka. 
Si adik pula terdiam sambil mengomel-omel.

Situasi 3:
Seorang ayah dan anak perempuannya menaiki kereta untuk pergi ke sebuah restoran. Dalam perjalanan, lampu isyarat bertukar merah namun si ayah tidak memberhentikan kereta. Anak perempuannya mengerut-ngerutkan dahi dan melontarkan pertanyaan kepada ayahnya.
Anak: Ayah, bukan ke tadi lampu isyarat warna merah? Kenapa kita tak berhenti ayah? 
Ayah: Kereta tak banyak pun tadi. Lagi pun, ayah dah lapar ni. 
Anak: Tapi kan, kalau warna hijau, baru boleh jalan. 
Ayah: Yalah. Bukan ada polis pun tadi.
Anak: Tapi mana tau sebenarnya ada polis ke tadi. Ayah je yang tak nampak.
Ayah: Eh, senyaplah. Kamu tau ape!
Si anak pun terdiam.

* * *
Hmm, kadang-kadang budak-budak lagi faham peraturan mudah daripada kita yang dah besar ni. 
Tahu tak boleh, tapi buat juga.
Bukan ke 'Kepimpinan Melalui Teladan'?
Kalau yang dah besar tak hiraukan peraturan, macam mana la budak yang kecil tu tak ikut?
Boleh fikir sendiri kan.

Memetik kata-kata Ketua DC Puteri, "Kalau nak berjaya, ikutlah peraturan! Hidup pun jadi senang."
Konklusinya, dalam hidup ni masing-masing ada peraturan. Islam sendiri berperaturan.
Bukan ke itu benda baik?
Jadi, faham dan buat.
Be wise!



Saturday 23 March 2013

MUDA. REMAJA. ENJOY.

Remaja itu kita!
" Too little knowledge is a bad thing."    -Plato
                                                           
Opss. Jangan salah sanggap makna enjoy  pada tajuk di atas.
Ini bukan enjoy  biasa-biasa.
Fuhh.
Tertarik dengan majalah Gen-Q, isu 15 yang lepas.
Sebab isunya banyak menyentuh isu zaman muda.
Wah, zaman muda. Kitalah tu àRemaja.
Jika diteliti, zaman muda remaja ibarat emas.
Sebab?
Apabila sedang meningkat remaja, masa itulah kita mula mengenal erti perasaan.
Gembira. Letih. Kecewa. Rasa nak disayangi. Bercampur-baur.
Yalah. Masa kanak-kanak dulu, masih hingusan. Tak cukup mumayyiz lagi.
Tak matang. Main kejar-kejar, jatuh, menangis.
Bila sudah remaja, susah sikit nak menangis lepas jatuh masa main kejar-kejar.
Bila dah jadi remaja, barulah berfikiran jauh sikit.

Dan, waktu masih remaja inilah masa yang paling bagus nak tuntut ilmu.
Jadi, inilah masanya nak enjoy   dengan ilmu.
Bukan enjoy  dengan hiburan semata.
Dalam Al-Quran pun, Allah dah beritahu:
     “Dan kehidupan ini hanyalah senda-gurau dan permainan…”
                                                                                                  [Al-Ankabut : 64]
Maka, mengapa tidak kita penuhkan kehidupan kita dengan memperbanyakkan ilmu
semaksima mungkin?
Seronok sudah.
Banyak ilmu. Fikiran tajam. Minda berkembang.

Dan harus bijak amalkan setiap ilmu yang sudah dipelajari.
Supaya à tidak hilang ditelan zaman.

Mudahnya, zaman remaja ini seronok.
Amat muda rasanya. Patut kita enjoy  melaluinya.
Enjoy  dengan apa?
Enjoy  dengan ilmu.  J     

so cool!





Friday 22 February 2013

MAAF ITU MUTLAK =)

Salam sejahtera semua.
Ringkas saja entri kali ini.
OK.
`Nobody's perfect`
Semua orang tahu perkara itu.
Tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini.
Lainlah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda maksum. Bahkan pernah ditegur oleh Allah dalam surah Al-Kahfi & 'Abasa.

Kita? Tak usah cakap la. Saham dosa bertimbun-timbun.
Dan khilaf itu tak boleh dihalang.
Semua orang ada buat salah.
Kesalahan antara  tuhan-manusia, boleh minta ampun terus daripada Dia.
tapi, kesalahan antara manusia-manusia? Kena minta maaf dengan orangnya kan.
Semua tahu itu.

`Antara memaafkan dan meminta maaf, mana yang lebih sukar?`
Haha. Kedua-duanya sukar jika kita yang sukarkan.
Tapi, ia akan jadi mudah kalau kita yang mudahkan.
"Mudah ke senang? SIMPLE!"

Maaf itu mutlak kut. 
Tak terbatas. Tak bersyarat. Jadi, sesiapa pun boleh meminta maaf dan memaafkan.
'So sweet!'
Tak kisah la macam mana kita nak minta maaf. Face-to-face ke, bagi aiskrim ke, jam-o-jam ke, even tulis surat berkajang-kajang sekalipun. Tak kisah la. 
Asalkan berhikmah. ->Ala, adat orang buat salah.
Dan yang memaafkan, tidak perlu terlalu ego.
Take your time. It's okay.
Yang penting, dua-dua mesti ikhlas. Baru tiptop.

Dan, itu rasionalnya kita amalkan agar memaafkan orang sebelum tidur.
kut-kut la nyawa kita diambil masa tidur. 

Serius, bila dah minta maaf tu, rasa tenang gila!
Kita mesti la nak hidup bahagia kan. 
Jadi, usah segan-silu minta maaf dan memaafkan. 
Rendahkan ego itu perlu.

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Al-Imran; ayat 133-134)

Konklusinya, mungkin kadang-kadang kita rasa susah nak maafkan seseorang tu.
lagi-lagi kalau dia pernah malukan kita ke, buat salah besar ke.
Jangan khuatir. Allah kan Maha Adil.
-man manna min manni munna- (what you give, you get back)
Ada la tu Tuhan nak bagi kita.

Ada ungkapan tu: 
{ Memaafkan memang tidak dapat mengubah masa lalu, tetapi ia akan memudahkan masa hadapan.}

Jadi, jom dapatkan masa hadapan yang lebih bahagia.
Sama-sama kita bermahabbah.
Ayuh!






Friday 25 January 2013

PERSAINGAN.

Larian dalam taman. :)
  
  Keringat tubuh mencurah keluar. Kuyup, lencun . Jasad ini terumbang-ambing dalam memburu aspirasi yang kian menjauh.. Langkah diorak makin berkurangan . Sedikit, demi sedikit... Asid laktik dirembes keluar tatkala tubuh ini berada dalam lingkungan sistem 'anaerobik'. Sebuah sistem yang tidak memerlukan oksigen bagi memecahkan glukosa . Namun,  perembesan asid laktik yang melebihi paras normal telah mengakibatkan kekejangan pada sebahagian tubuh ini. Erk, terutamanya perut. Huh,memang perit rasanya.. 

Ehem,inlah yang dinamakan PERSAINGAN.

Ada menang, ada kecundang.

Kekuatan fizikal tidak mencukupi.

Kekuatan mental perlu disusuli.  


Bukankah begitu? :) 



   Benar,persaingan adalah suatu kemestian dalam sebuah kehidupan. Seandainya tiada persaingan maka tiadalah kehidupan bagi kita. Kesinambungan yang utuh antara kecerdasan spiritual, emosional dan intelektual amatlah diperlukan dalam persaingan ini...

   Namun, adakah kita sedar bahawa kita sebenarnya mempunyai musuh yang giat berusaha untuk menyungkurkan kita di medan persaingan ini?

   Adakah kita sedar  bahawa kita juga mempunyai 'musuh dalam selimut' ? 

Tidak lain, syaitan dan nafsu .

Mahu bukti?

 Firman Allah SWT, "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu." (Al-An'aam 6:112)
 .....
 Allah SWT juga berfirman, "Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah : 168)


...dan,

 Allah menyebutkan, "Kemuncak perbuatan derhaka manusia bertuhankan nafsu adalah Allah menyesatkan mereka dan menutupkan pandangan mereka daripada melihat kebenaran. Mereka terus tidak mengenal Allah dan agama yang benar..." (Al-Jasiyah : 13)

ehem . -muhasabah-

  Ehh, TUNGGU!

Kita perlu ingat bahawa kita ada hero perlu kita teladani untuk menewaskan musuh tersebut!

Kita perlu ingat bahawa hero kita adalah insan yang paling berpengaruh dalam lebih 'bertrillion-trillion' manusia yang hidup sepanjang zaman . 

Kita perlu ingat bahawa dialah yang terbaik dalam kalangan sebaik-baik kejadian .

Dialah Muhammad, pesuruh Allah! Hebat bukan?  :)

Namun..
Kekaguman sahaja tidak mencukupi...

Kecintaan terhadap baginda disulami inisiatif meneladani baginda adalah jalan yang terbaik. 

Ayuh kita usahakan bersama! :D 

 sumber

Saturday 12 January 2013

Selamat Berkenalan!

Assalaamualaikum!
Ha,anda yang sedang menghaparkan deria mata pada halaman blog ini sihat?
Moga-moga sihat tubuh,jiwa dan minda.
In sya Allah....

Untuk pengetahuan semua, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengendalikan Program Suai Kenal Pelajar Tingkatan 1 tahun 2013. Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar tanpa adanya komplikasi yang benar-benar menggugat usaha kami. Program ini berlangsung pada 2-6 Januari 2013 .


Objektif?
  
Ehm, objektif program ini dilancarkan tidak lain adalah untuk menjalinkan hubungan persaudaraan antara pelajar tingkatan satu  itu sendiri.. :)

Antara aktiviti yang telah memenuhi ruang ialah
  • Sesi taklimat..
  • Ice-breaking .
  • Latihan dalam kumpulan. (LDK)
  • Team building,dan..
  • Explorace!     
#Di sini terdapat sedikit gambar yang sempat dimuat naik ke laman ini. :D 
Kastam.
Wajah ceria terpampang pada wajah pelajar ini.
Bual bicara antara pelajar dan fasilitator.
Belajar cara menyanyikan lagu sekolah bersama Fasilitator,Aiman Razali.
Barisan fasilitator yan asyik memerhatikan adik-adik.
Jigsaw puzzle.
Team building!
Teratur.
Gelagat adik-adik yang amat melucukan!
Ketua Badar SAM Bestari memperkenalkan diri.
Antara fasilitator muslimat.
Tekun mendengar
Ustaz Suhaimi menyampaikan taklimat.
Fokus.
Bersedia untuk bermain!
Ketua PRS SAM Bestari yang mirip Ust. Pahrol Juoi,setuju? :D
Yeah!
Antara fasilitator yang terlibat.
Tepuk semaaangat!
Terlukis senyuman di wajah mereka.
Majlis penutupan Minggu Suai Kenal.
Fokus mendengar.
Syukur.
Bersama  Cikgu Azuraida yang menjadi teraju utama program ini. :)

 Alhamdulillah, pelajar tingkatan satu kelihatan mesra antara satu sama lain setelah berakhirnya program ini. Kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling memohon maaf atas segala kekurangan daripada sekecil zarah sehinggalah sebesar galaksi ini. Wallahu a'lam. :)