Sunday 11 December 2011

Bersyukurlah Kita Orang MALAYSIA



Kita selalu kutuk Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan keadaan politik yang sangat tak stabil. Rasa pening pula. Umno dengan perhimpunan besarnya yang mencela parti lain. PAS dengan usahanya menidakkan tuduhan UMNO. DAP bertindak sebagai pembangkang tegar.

Walaupun saya remaja, yang belum berfikiran sesempurna dewasa, saya ni ada cita-cita.
NAK JADI AHLI POLITIK.
Haha. Seems awkward? Yeah.

Saya bukannya mahu terkenal, cuma terasa mahu ubah segala permainan politik ni supaya menjadi bersih, suci dan diredhai-Nya. Sedih sebab ahli politik muslim seolah-olah terlupa bahawa mereka memiliki peraturan agama.

[Tak mahu ulas panjang, takut berdosa pula]

Maka saya mencari seorang kawan yang memahami saya dalam hal ni. Tapi sorang pon takde. Tapi Allah temukan saya pada sorang remaja luar negara melalui facebook. Dia tinggal di Eropah. Let named he MARK.

Berikutan perbualan saya dengannya (di pendekkan)


Saya : Hate malaysia's politic so much

Mark : Why?

Saya : Politicans keep lying us by inventing new way of a better Malaysia. Democracy?

mark : soon in russia to
but was clear who would come again lol
just one big joke tome

saya : but they insulted the non government politic party

mark : we need to vote them all out
so in other words vote for none

saya : The truth is less vote the government :) lol

mark : they will get kickd out soon eneugh
it cant remain for to long
if 1 cant be free none can be
so it is very important that all will have freedom

saya : sometimes I hate politic
but we need it
only politicians nowaday corrupt and spread lies

mark : We ( in europe) don't
They make the reasons that we need It
But the socio political structure was not yet made
Its time it will be made

saya : Socio politic here not be structured yet
i wish malaysia can be like euro countries :)

mark : well we people in EU countrys face now big problems aswel
the censorship of the internet
ACTA (Anti Counterfeiting Trade Agreement)
is censoring our internet
Belgium is now the first
not only internet
but patents copyrights
on seeds
non organic food
etc..
most importand is acces to energy
we are the generation left with all this shit now
but gives us the chance to correct out history
and move forwerd
the bank in Europe are corrupt now
Greece with its bail out
now ITaly and Spain are to face it
no pension money
for this generation
Eu is corrupt

saya : So the conclusion is,
we need to be grateful
no matter how our life is
every country has positives and their own negatives side
THE SOLUTION IS TEENS SHOULD AWAKE AND WORK FROM NOW ^____^


Macam tu lah kawan-kawan. Kalau nak ikutkan, kita tergolong dalam negara yang selamat. Walaupun tak semaju negara Eropah, tapi ekonomi yang stabil mampu buat kita hidup aman mencari keredhaan Allah di sini.

Beruntunglah Malaysia ni negara Islam .
Bersyukurlah

Wahai pemuda, marilah kita bangun dan majukan dunia KERANA ALLAH DAN UNTUK ISLAM !!

Friday 9 December 2011

Cara solat gerhana bulan




Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin; maksudnya:
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah).

Niatnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut:


Rakaat pertama
  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua
  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud
  9. Tahiyyat Akhir
  10. Salam

Moga bermanfaat.
Selamat beramal :D

Thursday 8 December 2011

Cinta Lolipop

Assalamualaikum.

Saya mahu tulis tajuk cinta. Mungkin ada yang cakap,

" Cinta? Lapuk weh. Tak layan... Tak layan..."

Saya tak peduli. Lapuk tak lapuk. Bagi saya, remaja ni mempunyai banyak masalah tentang CINTA. Kalau tak, kenapa banyak sangat pepatah melayu pasal cinta?

TAK KENAL MAKA TAK CINTA
CINTA MONYET
CINTA BUTA


Apa yang spesial sangat pasal cinta ni?

Mari saya buka suatu cerita. Kisah benar. Saya tak reka.

Seorang perempuan bercerita kepada saya tentang kisah cintanya.

Namanya, Amirah (bukan nama sebenar). Tapi yang kes ni, lain sikit. Sebab dia suka pada orang BUKAN ISLAM. Ish ish ish. Naudzubillah. Dia bukan sengaja, saya tahu. Kadang-kadang, cinta ni Allah bagi untuk menguji.

Kerana dia tak larat nak membawa lagi cintanya, dia luahkan pada naqibahnya.

Ceritanya bermula begini :

Amirah : Akak, saya jatuh cinta pada sorang laki. Sebaya dengan saya. Lelaki tu walaupun bukan Islam, tapi akhlaknya baik. Pandai. Saya betul-betul suka dia, akak.

Akak    : Macam mana akak nak tolong ye? Adik sekolah lagi kan?

Amirah : Haah. Berat kak. Jatuh cinta. Sebab saya bukan senang nak suka orang.

Akak    : Dik, cinta tu lumrah. Tak normal kalau cinta tu tak ada. Cinta tu kena kawal. Cari redha Allah yang utama.

Amirah : Tapi yang ni lain, akak. Saya rasa berat sangat.

Akak    : Apa yang berat sangat, dik?

Amirah :  Saya dah suka pada orang yang tak suka Allah.

Akak    :  Astaghfirullah. Adik, istighfar. Jangan macam tu ye. Cuba adik tanya diri adik balik, kenapa adik suka kat dia? Kerana ALLAH atau NAFSU? Kalau kerana nafsu, adik kena cepat-cepat bangun dan buang perasaan tu. Tapi kalau kerana Allah, adik kena bimbing dia.

Amirah : Saya dah berbulan-bulan cuba buang, tapi tak berjaya. Makin lama, makin suka.

Akak    : Awak cuba, tapi tak usaha. Awak solat hajat hari-hari? Awak doa tak kat Allah supaya bagi petunjuk?

Amirah : (geleng)

Akak    : Tak apa, dik. Ada masa lagi. Mintalah Allah petunjuk. Insha Allah boleh ^_^

- TAMAT -

Macam tu lah, kawan-kawan.

Cinta tu ujian daripada Allah.
Dia mahu menguji tahap keimanan kita.
Bagaimana kita mengendalinya?


Tanyalah diri kita ^___________^

Wahai Syabab

Wahai pemuda Ayuh marilah
Bersama-sama
Tegakkan daulah
Agar seluruh dunia
Dibawah panji Islam

Wahai ibunda
Hulurkan doa
Agar puteramu
Teguh sentiasa
Agar kami berjaya
Atau gugur syuhada

Wahai pemuda Islam semua
Persiapkan dirimu
Dengan ilmu, iman, dan juga amal
Ukhuwwah dan kekuatan

Wahai pemuda Islam semua
Sedarlah tugas dirimu
Tegakkan daulah Islam dalam jiwa
Kan tertegak di watanmu