Monday, 20 March 2017

Minggu Kerjaya 2017

 Assalamualaikum semua warga bestari :)Minggu Kerjaya kembali lagi!!

Tema pada kali ini bernama "Nothing Is Impossible" yang Insya Allah akan diadakan selepas cuti seminggu.

Sudah Tahu Tema..Jadi Apakah Aktiviti  sepanjang Minggu Kerjaya ni ye?

1)KUIZ:ada dua jenis kuiz yang akan diadakan
-pertama,akan diadakan semasa perhimpunan selama 3 minggu
-kedua,adalah menjawab soalan melalui kertas soalan yang akan diambil oleh pelajar yang berminat di UBK Sambestari
-kuiz ini bermula pada hari Selasa dan perlulah dihantar oleh pelajar pada hari Jumaat

2)TEKA SILANG KATA:
-pelajar yang berminat boleh mengambilnya di UBK Sambestari pada hari Isnin dan menghantarnya pada hari Jumaat

3)POSTER:
-diadakan pada hari Khamis malam di kantin Sambestari
-peserta hanya dibenarkan melukisnya pada kertas bercop yang akan diedarkan pada malam tersebut
-peserta yang menghantar paling awal akan diberikan markah bonus

4)PAMPLET:
-dibuat mengikut kreativiti pelajar
-peserta perlu memilih satu pekerjaan beserta maklumat penting yang berkaitan
-contoh:kelayakan yang diperlukan ,tempat pengajian yang menawarkan bidang tersebut dll
-perlu dihantar pada hari Jumaat pada PRS yang berkaitan

5)FOLIO:
-perlulah secara berkumpulan(tiga orang)
-syarat permarkahan telah ditampal di asrama jadi sila ambil perhatian
-perlulah dihantar pada hari Jumaat

6)INSTARJAYA:
-pelajar perlulah memuat naik gambar yang berkaitan dengan kerjaya
-boleh dihantar sepanjang cuti seminggu ini
-tag @prs_sambestari bersama #minggukerjaya2k17 dan #nothingisimpossible

7)VIDEO KERJAYA:
-terbuka sama ada secara individu mahupun berkumpulan
-minimum bagi video adalah 3 minit dan maksimum 7 minit
-peserta perlu menyimpannya di dalam pendrive sendiri dan menyerahkannya pada PRS yang berkaitan
-seperti biasa video perlulah berkaitan  dengan kerjaya

8)EXPLORACE:
-perlulah terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan 
-tingkatan 1,2,3 menghantar satu kumpulan setiap tingkatan
-tingkatan 4,5 menghantar dua kumpulan setiap tingkatan 
-setiap kumpulan perlulah menghantar sekurang-kurangnya 1 folio dan 1 pamplet beserta nama ahi kumpulan pada PRS berkaitan selewatnya pada hari Jumaat
-kumpulan atau wakil yang menghantarnya awal akan diambil penyertaannya

-Setiap penyertaan anda akan diambil markah dan dikumpulkan mengikut tingkatan


Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh ditanya pada wakil ahli biro kerjaya atau prs yang lain
SELAMAT BERJAYA ^^
#sapotminggukerjaya17

Tuesday, 2 June 2015

Mentality. The labelling system.

Assalamualaikum. :}

It's spring now, btw. source ;

When others take things too seriously,
you call them SKEMA.

When others do good deeds,
you call them BAJET ALIM.

When people do stand out,
you call them CAPUB.

When people is just a little different than you,
you call them WEIRDO.

When you don't understand someone, 
you label them so easily.

What so good being alike?
What so good with YOU to label others?

People tend to create their own labelling system,
so that the ones outside their league, 
the ones who are different from them,
will not surpass these people.

Wake up, bruh.
Go improve yourself,
Not blocking your ability with your silly system.
Okay?

Monday, 16 March 2015

Nawaitu.


Biar hidup punya matlamat.

Assalamualaikum para du'aat sekalian.

Maaflah , blog ini sudah lama berhabuk.
Perlukan masa yang lama untuk bersihkan . eh (?)

Okay . Straight to the point . 
2014 sudah lama berlalu. Mencoret berbagai-bagai cerita .
Dan tak sangka , 2015 pun sudah lama berkunjung . 
Semuanya makin meningkat dewasa.  Ada yang dah jadi senior , dan ada juga junior yang baru.
Tak lupa , newbie form 4 , ahlan wasahlan ke bumi Bestari .

Eh , bukan itu yang menjadi topik .

Memang manusia semakin meningkat umurnya .
Semakin bertambah kematangannya.
Semakin banyak yang kita belajar , dan perlu belajar. 

Tapi , kita lupa satu perkara . Apa ?
Nawaitu kita .

Setiap hari , pergi sekolah jalan kaki dari asrama , untuk apa ?
Ya , memang untuk belajar .
Belajar sebab apa ? Aipp , nanti periksa nak jawab apa kalau tak belajar . Haih.

" Kau sudah berada di tanah yang subur ,
Tapi kenapa masih tak tumbuh elok ? "

Kadang , niat menuntut ilmu kita selalu tersasar .
Kalau time periksa , semua struggle habis-habisan . Kalau boleh , malam taknak tidur.
Sebab esok periksa , satu hapak pun tak belajar lagi.

Kadang , nawaitu kita hidup pun tak tahu apa.
Astaghfirullah.

Allah dah letak kita dekat bumi yang aman .
Takde bom sana , bom sini macam negara-nagara sana. 
Mereka nak belajar , nak beribadah pun susah .

Tapi kita ? 
Adakah kita menggunakan nikmat Allah itu dengan sebaik-baiknya?
Jangan kita hidup , takde matlamat . Sia-sia.
Biar kita hidup , berguna untuk orang sekeliling . Berguna untuk ummah.
Kata nak bangkitkan Islam ?

In Sha Allah , sekadar perkongsian buat semua. 
Juga nasihat buat sendiri.

' Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh , dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. '
[Al-Asr : 3]

Ayuh , buka mata wahai dai'e - dai'e sekalian.
Perbetulkan niat .
Niat hidup . Niat belajar . Niat beribadah .

Setiap langkah , kalau betul berpaksikan Tuhan ,
Dia takkan biar hidup kita sia-sia.

May our life in His blessings. Aaminn.
Maaf atas segala kesalahan tutur bicara. Moga kita menjadi hamba yang betul-betul 'hamba'.

Sekian. Papai. Wassalam.




Sunday, 7 December 2014

Jangan dibazirkan.

Keep calm & love holidays

Cuti sekolah sudah lama bermula. Mungkin lama bagi pelajar-pelajar menengah rendah yang mula bercuti awal bagi memberi laluan kepada akak-akak dan abang-abang tingkatan 4 dan 5 supaya lebih fokus menghadapi peperiksaan. Tapi tidaklah terlalu baru bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 kerna sudah hampir 2 minggu bukan bercuti?

(correct me if i'm wrong)

 Cuba recheck balik, imbas kembali, sejak cuti bermula, adakah kita telah manfaatkan cuti sekolah ini sebaik mungkin?

Jika jawapannya ya, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha.
Jika jawapannya tidak, mari kita manfaatkan dari sekarang.

Sekarang? Bila tu?

Ketika ini la.
Baca entri ini juga bermanfaat tahu? :3

Ada seorang akak senior telah berpesan,
Lebih kurang begini katanya.

"Cuti sekolah kan? Manfaatkan masa sebaik mungkin. Paling kurang satu hari baca satu benda yang ilmiah pun jadilah."

Mudah. Beli satu majalah ilmiah seperti Gen-Q atau JOM! atau al-Ustaz atau Solusi, satu hari baca satu page pun jadilah (atau mungkin 2 atau lebih jika ia berkaitan) Dah habis baca, nak main PlayStation ke, CoC ke, tengok tv ke baca novel ke study ke buatlah.

24 jam yang Allah beri tu, banyak. Sungguh banyak. Dan kita masih mampu mengeluh, tak cukup masa dan sebagainya? Tolonglah syukur dan jangan kufur.

So, untuk manfaatkan cuti ni, apa aktivi yang saya juga anda boleh lakukan?
Banyak, sungguh banyak.


Jangan tinggalkan rutin harian anda seperti al-Mathurat pagi dan petang, baca al-Quran, zikir, selawat dan istighfar. Jika ini bukan rutin harian anda, JADIKAN IA RUTIN HARIAN DARI SEKARANG.

Kreativer Vater + 2 kreative Tchter = Kreative Fotos - StumbleUpon

Ulangkaji pelajaran. Haa yang ni memang saya tak nafikan, mungkin ada certain yang sedang membaca entri ni macam

"Apa la dia ni merepek. Dah namanya cuti sekolah, cuti dari apa-apa yang berkaitan sekolah la! Waktu cuti ni, kita enjoy dulu"

Well, ini cuma cadangan yang mungkin bernas. Lebih-lebih lagi bagi para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun hadapan (PT3, SMA dan SPM) Bersiap sedia dari sekarang. 
"study something new for next year syllabus,is much more useless if you understand nothing what you've learn for this year."
Tolong mak ayah. Bila mak ayah minta tolong, laksanakanlah. Mak mintak tolong basuhkan baju, jemur baju, lipat baju, iron baju, basuh pinggan, kemas rumah, tolonglah mak. Ayah mintak tolong buangkan sampah, siram pokok bunga, angkat itu angkat ini, ikutlah apa yang ayah pinta.

Cuti yang ada ni, bolehlah ajak mak ayah bercuti ke camping ke berkelah ke, sambil sambil menikmati ciptaan Tuhan, boleh merapatkan hubungan, tak gitu? :3

Cadangan lain?
Belajar memasak, menjahit, memandu dan sebagainya
Tonton rancangan yang bermanfaat (jika di tv)
Alang-alang tengah online tu, bukak la youtube, tengok video-video yang mendatangkan faedah.

Psstt, sebenarnya banyak lagi ingin saya kongsikan di sini, tetapi, memandangkan sudah panjang lebar saya berceloteh, lebih molek kiranya saya berhenti.

(sebenarnya kalau saya kongsikan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang percutian, lebih banyak yang negatif dari yang positif, hehe)

Pesanan dari seorang pelajar yang tak pasti cuti ni dimanfaatkan sebaik mungkin atau tidak,

Jangan jadikan cuti ni tidur makan online memanjang je.
Hidup biar penuh erti.

Peluang dan keputusan ada ditangan anda.
Fikir-fikirkan.
Anda mampu mengubahnya ;)

Sekian, maafkan segala salah dan silap.
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri sendiri.

Wassalam.

Friday, 11 April 2014

Use Your Time Well!

"Alamak, kerja banyak tak siap lagi ni!"
"Bila nak buat kerja yang bertimbun ni?"
"Tak ada masa lah nak buat kerja sekolah ni."


Keluh resah seorang pelajar sekolah, terutamanya yang menginap di asrama .Terasa seperti kekurangan masa dek terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dan program sekolah.

Mendengar keluhan para pelajar, kami terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai pengurusan masa memandangkan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlangsung tidak lama lagi. Sudah tentu keluhan seperti 

"Alaa , aku sibuk la dengan aktiviti koku"
"Tak ada masa laa nak baca buku"

akan terucap daripada mulut seorang pelajar. Demi mengelakkan pemikiran tersebut terlintas atau perkataan tersebut terucap daripada mulut kita, mari kita mulakan dengan langkah pertama dalam menguruskan masa. 

Wake Up Earlier


Terdapat banyak kelebihan sekiranya kita bangkit daripada tidur lebih awal. Selain kita dapat menyiapkan diri lebih awal, kita juga dapat mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah yang belum disiapkan lagi.

Belajar di awal pagi juga sangat baik kerana otak kita masih segar dan mampu menangkap apa yang dibaca pada waktu pagi. Rasulullah SAW juga menggalakkan kita agar bangun pada awal pagi.

Plan Your Day

Dalam menguruskan masa dengan bijak, kita perlu merancang hari kita agar setiap kerja dan tugas yang diberikan kepada kita dapat dijalankan dan disiapkan dengan sistematik dan terancang. Jadual waktu perlu disusun mengikut kesesuaian waktu dan hari, serta mengutamakan perkara yang lebih utama.

Tidak menjadi kesalahan untuk kita meletakkan waktu untuk bermain didalam jadual kita, namun ianya harus seimbang dengan waktu belajar kita kerana Rasulullah SAW juga menggalakkan kita bersukan agar badan kita sihat dan cergas. Bak kata pepatah Arab "العقل السليم في الجسم السليم".

Akan tetapi, bila dah rancang dan sudah membuat jadual, patuhlah jadual itu ye.

Done Your Work As Fast As Possible


Selesaikan tugas secepat mungkin. Janganlah kita menangguhkan kerja kita dengan alasan

"Alaa, bukan kena hantar esok pun"
"Banyak masa lagi, nanti saja laa"

Sememmangnya menjadi satu tabiat dan kebiasaan seorang pelajar untuk menyiapkan kerja pada saat-saat akhir. Tetapi, sedarkah kita, semakin kita menangguhkan kerja semakin bertimbun kerja yang kita perlu buat dalam satu-sat masa. Bukankah ianya lebih mudah sekiranya kita menyiapkan kerja kita dengan lebih awal dan ia akan membuatkan lebih tenang pada hari-hari yang seterusnya? Jadi, marilah kita selesaikan kerja kita secepat mungkin.

Spent Your Time Well


Masa yang terluang harus diluangkan dengan perkara yang sepatutnya. Tidak salah untuk gunakan masa lapang untuk berehat namun janganlah melampaui hadnya. Bukankah Allah menyediakan siang untuk bekerja dan malam untuk berehat? Bertepatan dengan firman Allah didalam surah An-Naba' ayat 10 & 11 : 

Always Remember to Allah SWT 


Dalam kesibukan urusan dunia yang fana ini, jangan kita pernah melupakan atau mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah SWT sebagai seorang hamba kepadaNya. Sentiasalah mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan. Insya Allah, Allah SWT akan membantu hamba-hambaNya yang beramal soleh dan taat padaNya. Kita hanya merancang namun, Allah SWT jualah yang menentukan segalanya. 


Semoga apa yang disampaikan dapat diamalkan dan disebarkan kepada semua orang.
Moga Allah redha.


Friday, 28 March 2014

MINGGU SILATURAHIM TINGKATAN 1

     Pada tanggal 1 Januari , tahun 2014 membuka tirainya di SAMBESTARI ,Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan pendaftaran dan kemasukan pelajar Tingkatan 1 di SAMBESTARI . Sejurus selepas sesi pendaftaran , para pelajar dibawa ke dorm masing-masing yang telah ditetapkan .
     Sejurus selepas itu , bermulalah program Minggu Silaturahim Tingkatan 1 . Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Sekolah Agama Menengah Bestari dengan lebih terperinci serta membantu proses membiasakan diri mereka di sekolah baru.  Dalam program ini , mereka didedahkan dengan perkara yang berkaitan dengan Sekolah Agama Menengah Bestari seperti subjek yang ditawarkan , infrastruktur sekolah , sejarah sekolah , dan juga guru-guru di sekolah ini melalui taklimat daripada para guru . Mereka juga menjalani program Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dibawah kendalian para fasilitator yang terdiri daripada para pengawas  dan Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 5 . Mereka dibahagi kepada beberapa kumpulan .Melalui program ini , mereka dapat mengenali dan merapatkan ukhuwah sesama rakan mereka walaupun baru saja mengenali merereka dalam beberapa hari .

    Program ini berakhir pada 7 Januari dan atas kerjasama daripada Unit Hal Ehwal Murid bersama Unit Bimbingan & Kaunseling , majlis ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya .

  Moga ukhuwah yang terjalin kekal sehingga ke Syurga . 

Thursday, 15 August 2013

Periksa?? Oh tidak!!


Facebook chatting:
"Bedah, nextweek exam eh??"
"Ye kot.. alah, UP je.. last minute pon boleh.. yg kau gelabah sangat apahal?"
"Sayang kau.. kau dh mententeramkan hati aku yang gusar ni"
(perbualan di atas menggunakan bahasa yang tidak boleh dipakai di dalam dialog peperiksaan)
Assalamualaikum.. *grin* teehee
Jadi khalifah-khalifah sekalian jom! kita muhasabah balik untuk apa kita belajar atau menuntut ilmu atau mengambil ilmu atau mencari ilmu atau dll??
Untuk... Periksa?
"Periksa SAHAJA.. ok.. SAHAJA.. nak aku ulang lagi SAHAJA. nothing to do with my future.. "
Kalau khalifah yang sedang membaca ingin tahu, sebenarnya periksa adalah salah satu ujian daripada Allah dan ujian daripada Allah, merupakan ujian-ujian sebelum sebelum peperiksaan kita yang terbesar yakni Akhirah. 
'' Kelas, apa makna aakhirah??''
''Erti akhirah ialah hari kebangkitan semula makhluk di akhirat bagi menghisab amalan mereka di padang mahsyar sebelum ditempatkan sama ade di syurga atau di neraka" (nada berirama macam sekolah rendah)
Ya, itu dia. Untuk melepasi peperiksaan yang besar, 'with flying colours' kita kena la melepasi semua ujian-ujian kecil ini dan salah satu daripadanya ialah peperiksaan. (UP1, UP2, PPT, PAT, UPSR, PMR, SPM dan ll)
"Kau sembang kencang, banyak lagi la ujian lain, ujian kesabaran, keikhlasan. ei! ade juga yang.."
Bro, tenang. Tarik nafas. Lepas. 
Kalau kita imbas kembali peperiksaan yang dah pun kita lalui banyak kot hikmahnya. Cuma kita yang tak perasan. Khusyu' sangat study.
Peperiksaan, mengajar kita erti menghargai masa, tatkala waktu senggang kita dirampas oleh ilmu.
Tapi, berbaloilah daripada layan mukabuku, wii cat, (bunyi burung), wassap, mi tube dll.
Dan kalau perasaan, masa periksa la baru kita sibuk mencari makanan sunnah yang dapat menguatkan daya ingatan, boikot air gas, sanggup tak makan maggi. Ya tak?
Kita sibuk mencari yang terbaik masa periksa SAHAJA ? 
Daripada bangun masa azan subuh, 
"Assolaatu khairum minan naum!!"
"Mat, dah subuh ea?'
Bila dekat dengan peperiksaan, masa tu kita nak qiammullail, kalau boleh kita la yang bangun paling awal daripada tidur.
Daripada bercucuk tanam masa riadhah, 360 darjah terus lari padang 10 kali dalam masa setengah jam.
Subhanallah. Hebatnya.
Jadi, adakah peperiksaan itu tidak membawa apa-apa makna dalam diri kita?
"Alah masa tu je die buat, lepas tu tak buat dah.. "
Jadi, anda hamba Allah atau hamba peperiksaan?
Tepuk dada.. tanya siapa? tanya Iman..
"Kenapa aku berubah masa periksa?"
Anda adalah sangat rugi jika anda belajar untuk periksa sahaja.
Lagipun belajar ini, adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلىَ كُلِّ مَسْلَمٍ

”Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim.” (HR. Ibnu Majah)

Jadi, jika anda cinta akan Rasulullah saw, sahutlah seruan baginda.
Cuba anda bayangkan, jika anda tidak mencari ilmu, dan hanya bergantung pada ilmu yang  sedia ada. 
Anda akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Nak lompat tak boleh, apa pun tak boleh.
Jika anda tidak belajar anda tidak akan dapat menjalankan kewajipan anda sebagai seorang muslim. 
Sebagai contoh, solat. Jika anda menginginkan solat yang khusyu' dan yang diredhai oleh Allah swt, anda mesti mencari ilmu untuk solat. Dan yang lain- lain seperti zakat, haji. 
Supaya apa yang anda kerjakan tidak sia-sia seperti buih di lautan. Atau mungkin nasi basi.
Meaningless. Sia-sia,
Kalau berkesempatan untuk bermusafir, pergilah. Tapi bagi kita yang masih bersekolah, pulun habis-habisan belajar kat sekolah.
Sebenarnya, kehidupan kita ni adalah lautan ilmu. Setiap hari ada perkara baru yang kena akan pelajari. 
Tetapi, segalanya bergantung kepada kita sama ada nak ambil atau tidak.
 Ok, berbalik kepada peperiksaan tadi.
' Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon tidak berbuah '
"Basi la"
Basi tak basi, kita hayati ke tidak? (hayati bukan nama orang)
"Ada kena mengena ke??"
Mestilah ada.
Ok. Sebagai contoh bagi muslimin,
solat berjemaah di masjid/surau merupakan satu sunnah yang sangat dituntut, sehinggakan lelaki buta pun Rasulullah saw suruh solat berjemaah di masjid/surau.
Dan pernah dalam satu hadith, diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw telah bersabda,

Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.    (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Andai kata, kita ada ilmu tapi ilmu tu tak dapat nak diamalkan contohnya macam Biologi dll, kita boleh mengajarkannya kepada orang lain, supaya kita tidak lupa dengan ilmu tu.
Macam mana nak senang dapat ilmu?
Caranya ialah, 
1.  Meminta ilmu kepada Sang Pencipta ilmu
2. berusaha mencari si penyebar ilmu yang benar-benar yang  memahami sesuatu ilmu (yang anda kehendaki)
3. bertawakal
4. meminta keberkatan daripada si pemberi ilmu
5. anda harus betul-betul mahukan ilmu (bersungguh-sungguh)
6. jauhi maksiat kerana ilmu itu cahaya dan Allah tidak akan memberi cahaya kepada si pelaku maksiat.

Tak rugi pun cari ilmu. Buktinya Allah tidak menghisab para ulama'  yang mengamalkan ilmunya ketika di padang mahsyar nanti. Terus dapat masuk Syurga.
Lagipun, orang yang menuntut ilmu ni dihapuskan segala dosa-dosanya selama mana dia menuntut ilmu.
Memang tak rugi.
Menuntut ilmu kerana mahukan redha Allah.
Allah suka orang yang menuntut ilmu.
Jadi, kita hamba Allah atau hamba periksa?

"Memang susah nak masuk Syurga, tapi tak mustahil"
Assalamualaikum  warahmatullahi wabarakaatuh
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad





Friday, 28 June 2013

5 FAKTA pelik tentang BABI yang ramai tidak perasan.

  1. Dalam dunia yang semakin maju, perkataan babi seolah-olah menjadi pujaan segelintir muda-mudi.  Ayat-ayat yang dilafazkan kebiasaannya disertakan dengan kalimah 'babi'. Lebih merisaukan, kalimah 'babi lebih banyak diungkapkan daripada kalimah Allah.

  2.  Ramai yang tidak malu mendedahkan aurat sepertimana babi tersebut. Mungkin mereka terlupa,bahawa manusia itu berbeza dengan babi.

  3. Secara fitrahnya, babi memang suka menyondol apa sahaja yang ada di hadapannya,tidak kisahlah sama ada yang di hadapannya itu pokok, batu, ataupun babi-babi yang lain. Namun,ada juga segelintir manusia yang suka 'menyondol' apa-apa yang ada dihadapannya, sampaikan peraturan yang mengikut syariat pun mahu disondolnya.

  4. Kebanyakan manusia begitu sensitif apabila wujud barangan yang dikhuatiri mengandungi unsur babi, takut termakan mungkin. Tapi, tidak ramai yang sensitif apabila terrrmakan 'daging saudaranya' sendiri. (Mengumpat)

  5. Ada juga dikalangan manusia yang lupa bahawa mereka ialah manusia dengan mencontohi cara babi makan. Haiwan ini sememangnya haiwan yang terkenal dengan caranya yang gelojoh ketika makan.

    Bahkan, makanan yang dikencingnya pun sanggup dimakan. Apa yang pelik, masih ada manusia yang suka makan gelojoh dan minum 'air kencing syaitan'.
    ..............................................................................................

    Manusia bukan babi. Babi bukan manusia.

    Manusia ialah sebaik-baik kejadian.

    Jadi,
    jaga mulut,
    jaga hati,
    jaga tubuh
    berkelakuanlah seperti manusia. ^_^

    "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian.."
                                                                          (Surah At-Tin:4)

Saturday, 13 April 2013

Be wise!


Be wise!

Salam sejahtera semua.
Harap-harap semuanya sihat sentiasa.
Harapnya iman juga masih terjaga.
Aiseh..~
Ni ha. Nak bawakan 3 situasi. Rasa-rasanya pernah nampak tak?

Situasi 1:
Seorang kakak sedang membawa adik bongsunya yang masih belajar di tadika berjalan-jalan di taman permainan. Kakak mithali la ni kiranya. Dan di situ, si adik terlihat kawan-kawannya begitu seronok bermain gelongsor. Jadi, si adik beritahu kakaknya yang dia pun nak main sekali. Si kakak benarkan dengan syarat si adik tadi kena main kat kawasan tu je supaya senang la dia nak tengok-tengokkan si adik yang boleh tahan nakalnya tu. Sambil duduk-duduk kat bangku, si kakak pun makan la aiskrim solero yang dibeli daripada pakcik asikrim yang bawa motosikal tu.
Lebih kurang 20 minit kemudian, si adik yang sudah penat bermain datang kepada kakaknya. Dia mengajak kakaknya pulang sebab mungkin haus agaknya. Sudah la kakaknya makan aiskrim solero sorang-sorang sampai habis pula tu. Si kakak pun bangun dan memimpin tangan adiknya untuk berjalan pulang ke rumah. Semasa berjalan, si kakak membuang plastik aiskrim tadi ke tepi jalan. Si adik nampak terkejut jadi dia pun bertanya.
Adik: Akak, kenapa buang sampah tu kat tepi jalan? Kat tadika, cikgu cakap jangan buang sampah         merata-rata la.
Kakak: Ala, akak tak nampak tong sampah la. Akak buang je la kat situ. Biar je la. 
Adik: Nanti kita buang la kat rumah. Jangan buang kat situ. Nanti kotor tepi jalan tu. Kat sekolah cikgu akak tak ca....
Kakak: Hissh. Adik ni banyak cakap la. Akak cubit karang. Tutup mulut tu.
Si adik pun terdiam.

Situasi 2:
Di dalam sebuah gerabak KTM, terdapat 3 beradik yang terpaksa berdiri kerana semua tempat duduk sudah penuh. 2 orang abang dan seorang adik lelaki yang baru masuk darjah satu. 2 orang abang tadi bersandar di pintu KTM sambil ralit ber'SMS'. Tiba-tiba si adik bersuara.
Adik: Along ngan Angah, kenapa sandar kat pintu tu? Kan ade tulis kat situ, 'Dilarang bersandar'. Bahaya la along, angah.
Along: Eh, kau ni bising la. Suka hati aku la nak sandar ke, nak baring ke. Kacau je aku bersms.
Angah: Adik, apa yang bahayanya? Tengok ni, kitorang sandar, tak jadi apa-apa pun. 
Adik: Yelah, nanti kalau tiba-tiba pintu ni terbuka, kan bahaya.
Angah: Skema la adik ni. Along, tengok la adik kita ni. Skema betul. Haha..
Si along dan angah ketawakan adik mereka. 
Si adik pula terdiam sambil mengomel-omel.

Situasi 3:
Seorang ayah dan anak perempuannya menaiki kereta untuk pergi ke sebuah restoran. Dalam perjalanan, lampu isyarat bertukar merah namun si ayah tidak memberhentikan kereta. Anak perempuannya mengerut-ngerutkan dahi dan melontarkan pertanyaan kepada ayahnya.
Anak: Ayah, bukan ke tadi lampu isyarat warna merah? Kenapa kita tak berhenti ayah? 
Ayah: Kereta tak banyak pun tadi. Lagi pun, ayah dah lapar ni. 
Anak: Tapi kan, kalau warna hijau, baru boleh jalan. 
Ayah: Yalah. Bukan ada polis pun tadi.
Anak: Tapi mana tau sebenarnya ada polis ke tadi. Ayah je yang tak nampak.
Ayah: Eh, senyaplah. Kamu tau ape!
Si anak pun terdiam.

* * *
Hmm, kadang-kadang budak-budak lagi faham peraturan mudah daripada kita yang dah besar ni. 
Tahu tak boleh, tapi buat juga.
Bukan ke 'Kepimpinan Melalui Teladan'?
Kalau yang dah besar tak hiraukan peraturan, macam mana la budak yang kecil tu tak ikut?
Boleh fikir sendiri kan.

Memetik kata-kata Ketua DC Puteri, "Kalau nak berjaya, ikutlah peraturan! Hidup pun jadi senang."
Konklusinya, dalam hidup ni masing-masing ada peraturan. Islam sendiri berperaturan.
Bukan ke itu benda baik?
Jadi, faham dan buat.
Be wise!