Friday, 11 April 2014

Use Your Time Well!

"Alamak, kerja banyak tak siap lagi ni!"
"Bila nak buat kerja yang bertimbun ni?"
"Tak ada masa lah nak buat kerja sekolah ni."


Keluh resah seorang pelajar sekolah, terutamanya yang menginap di asrama .Terasa seperti kekurangan masa dek terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dan program sekolah.

Mendengar keluhan para pelajar, kami terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai pengurusan masa memandangkan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlangsung tidak lama lagi. Sudah tentu keluhan seperti 

"Alaa , aku sibuk la dengan aktiviti koku"
"Tak ada masa laa nak baca buku"

akan terucap daripada mulut seorang pelajar. Demi mengelakkan pemikiran tersebut terlintas atau perkataan tersebut terucap daripada mulut kita, mari kita mulakan dengan langkah pertama dalam menguruskan masa. 

Wake Up Earlier


Terdapat banyak kelebihan sekiranya kita bangkit daripada tidur lebih awal. Selain kita dapat menyiapkan diri lebih awal, kita juga dapat mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah yang belum disiapkan lagi.

Belajar di awal pagi juga sangat baik kerana otak kita masih segar dan mampu menangkap apa yang dibaca pada waktu pagi. Rasulullah SAW juga menggalakkan kita agar bangun pada awal pagi.

Plan Your Day

Dalam menguruskan masa dengan bijak, kita perlu merancang hari kita agar setiap kerja dan tugas yang diberikan kepada kita dapat dijalankan dan disiapkan dengan sistematik dan terancang. Jadual waktu perlu disusun mengikut kesesuaian waktu dan hari, serta mengutamakan perkara yang lebih utama.

Tidak menjadi kesalahan untuk kita meletakkan waktu untuk bermain didalam jadual kita, namun ianya harus seimbang dengan waktu belajar kita kerana Rasulullah SAW juga menggalakkan kita bersukan agar badan kita sihat dan cergas. Bak kata pepatah Arab "العقل السليم في الجسم السليم".

Akan tetapi, bila dah rancang dan sudah membuat jadual, patuhlah jadual itu ye.

Done Your Work As Fast As Possible


Selesaikan tugas secepat mungkin. Janganlah kita menangguhkan kerja kita dengan alasan

"Alaa, bukan kena hantar esok pun"
"Banyak masa lagi, nanti saja laa"

Sememmangnya menjadi satu tabiat dan kebiasaan seorang pelajar untuk menyiapkan kerja pada saat-saat akhir. Tetapi, sedarkah kita, semakin kita menangguhkan kerja semakin bertimbun kerja yang kita perlu buat dalam satu-sat masa. Bukankah ianya lebih mudah sekiranya kita menyiapkan kerja kita dengan lebih awal dan ia akan membuatkan lebih tenang pada hari-hari yang seterusnya? Jadi, marilah kita selesaikan kerja kita secepat mungkin.

Spent Your Time Well


Masa yang terluang harus diluangkan dengan perkara yang sepatutnya. Tidak salah untuk gunakan masa lapang untuk berehat namun janganlah melampaui hadnya. Bukankah Allah menyediakan siang untuk bekerja dan malam untuk berehat? Bertepatan dengan firman Allah didalam surah An-Naba' ayat 10 & 11 : 

Always Remember to Allah SWT 


Dalam kesibukan urusan dunia yang fana ini, jangan kita pernah melupakan atau mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah SWT sebagai seorang hamba kepadaNya. Sentiasalah mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan. Insya Allah, Allah SWT akan membantu hamba-hambaNya yang beramal soleh dan taat padaNya. Kita hanya merancang namun, Allah SWT jualah yang menentukan segalanya. 


Semoga apa yang disampaikan dapat diamalkan dan disebarkan kepada semua orang.
Moga Allah redha.


No comments:

Post a Comment