Larian dalam taman. :) |
Keringat tubuh mencurah keluar. Kuyup, lencun . Jasad ini terumbang-ambing dalam memburu aspirasi yang kian menjauh.. Langkah diorak makin berkurangan . Sedikit, demi sedikit... Asid laktik dirembes keluar tatkala tubuh ini berada dalam lingkungan sistem 'anaerobik'. Sebuah sistem yang tidak memerlukan oksigen bagi memecahkan glukosa . Namun, perembesan asid laktik yang melebihi paras normal telah mengakibatkan kekejangan pada sebahagian tubuh ini. Erk, terutamanya perut. Huh,memang perit rasanya..
Ehem,inlah yang dinamakan PERSAINGAN.
Ada menang, ada kecundang.
Kekuatan fizikal tidak mencukupi.
Kekuatan mental perlu disusuli.
Bukankah begitu? :)
Benar,persaingan adalah suatu kemestian dalam sebuah kehidupan. Seandainya tiada persaingan maka tiadalah kehidupan bagi kita. Kesinambungan yang utuh antara kecerdasan spiritual, emosional dan intelektual amatlah diperlukan dalam persaingan ini...
Namun, adakah kita sedar bahawa kita sebenarnya mempunyai musuh yang giat berusaha untuk menyungkurkan kita di medan persaingan ini?
Adakah kita sedar bahawa kita juga mempunyai 'musuh dalam selimut' ?
Tidak lain, syaitan dan nafsu .
Mahu bukti?
Firman Allah SWT, "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu." (Al-An'aam 6:112)
.....
Allah SWT juga berfirman, "Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah : 168)
...dan,
Allah menyebutkan, "Kemuncak perbuatan derhaka manusia bertuhankan nafsu adalah Allah menyesatkan mereka dan menutupkan pandangan mereka daripada melihat kebenaran. Mereka terus tidak mengenal Allah dan agama yang benar..." (Al-Jasiyah : 13)
ehem . -muhasabah-
Ehh, TUNGGU!
Kita perlu ingat bahawa kita ada hero perlu kita teladani untuk menewaskan musuh tersebut!
Kita perlu ingat bahawa hero kita adalah insan yang paling berpengaruh dalam lebih 'bertrillion-trillion' manusia yang hidup sepanjang zaman .
Kita perlu ingat bahawa dialah yang terbaik dalam kalangan sebaik-baik kejadian .
Dialah Muhammad, pesuruh Allah! Hebat bukan? :)
Namun..
Kekaguman sahaja tidak mencukupi...
Kecintaan terhadap baginda disulami inisiatif meneladani baginda adalah jalan yang terbaik.
Ayuh kita usahakan bersama! :D
sumber
No comments:
Post a Comment