Umat Islam di seantero dunia telah mengamalkan amalan berpuasa sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Ibadah ini merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam . Maka, ibadah ini wajib dilaksanakan. Bulan ramadhan yang sedang kita lalui ini perlu kita manfaatkan sebaik mungkin, sebelum ia melambai pergi. Hakikatnya, berpuasa adalah sebuah amalan yang bukan sahaja mampu menge'charge' jasmani kita, malahan rohani...
Puasa,sebagaimana yang disyariatkan kepada kita, adalah satu program khusus yang melibatkan diet umat Islam seluruh dunia. Berdiet sebagai medium perubatan dalam menyembuhkan penyakit tertentu bukanlah perkara luar biasa hari ini. (Subhaanallah!)Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pengurangan kadar makanan mampu membantu tubuh memperelokkan fungsinya. Walaubagaimanapun, kebanyakan umat Islam pada hari ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah mengamalkan sebuah program diet yang dilakukan secara konsisten setiap tahun.
Manfaat berpuasa dapat dilihat dari aspek:-
Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
Kawalan stress: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, in sya Allah.
Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukosa) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.
Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk mengurangkan kadar hipertensi (tekanan darah tinggi). Hipertensi boleh disebabkan oleh kegagalan ginjal atau ketidakseimbangan
hormon terutamanya malfungsi kelenjar adrenal. Kadangkala kehamilan atau
penggunaan pil kontraseptif juga menyebabkan kejadian hipertensi sementara waktu.
Walaupun sebab sebenar hipertensi tidak diketahui, faktor genetik juga
diimplikasikan sebgai punca masalah tekanan darah tinggi.
Jadi,apa tunggu lagi? Ayuh kita jadikan ibadah berpuasa sebagai katalis dalam meningkatkan pembangunan rohaniah dan lahiriah. Teruskanlah berpuasa walaupun di luar bulan Ramadhan..
(184) وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ Maksudnya:"...dan berpuasa itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (al-Baqarah: 184)
No comments:
Post a Comment