Saturday, 13 April 2013

Be wise!


Be wise!

Salam sejahtera semua.
Harap-harap semuanya sihat sentiasa.
Harapnya iman juga masih terjaga.
Aiseh..~
Ni ha. Nak bawakan 3 situasi. Rasa-rasanya pernah nampak tak?

Situasi 1:
Seorang kakak sedang membawa adik bongsunya yang masih belajar di tadika berjalan-jalan di taman permainan. Kakak mithali la ni kiranya. Dan di situ, si adik terlihat kawan-kawannya begitu seronok bermain gelongsor. Jadi, si adik beritahu kakaknya yang dia pun nak main sekali. Si kakak benarkan dengan syarat si adik tadi kena main kat kawasan tu je supaya senang la dia nak tengok-tengokkan si adik yang boleh tahan nakalnya tu. Sambil duduk-duduk kat bangku, si kakak pun makan la aiskrim solero yang dibeli daripada pakcik asikrim yang bawa motosikal tu.
Lebih kurang 20 minit kemudian, si adik yang sudah penat bermain datang kepada kakaknya. Dia mengajak kakaknya pulang sebab mungkin haus agaknya. Sudah la kakaknya makan aiskrim solero sorang-sorang sampai habis pula tu. Si kakak pun bangun dan memimpin tangan adiknya untuk berjalan pulang ke rumah. Semasa berjalan, si kakak membuang plastik aiskrim tadi ke tepi jalan. Si adik nampak terkejut jadi dia pun bertanya.
Adik: Akak, kenapa buang sampah tu kat tepi jalan? Kat tadika, cikgu cakap jangan buang sampah         merata-rata la.
Kakak: Ala, akak tak nampak tong sampah la. Akak buang je la kat situ. Biar je la. 
Adik: Nanti kita buang la kat rumah. Jangan buang kat situ. Nanti kotor tepi jalan tu. Kat sekolah cikgu akak tak ca....
Kakak: Hissh. Adik ni banyak cakap la. Akak cubit karang. Tutup mulut tu.
Si adik pun terdiam.

Situasi 2:
Di dalam sebuah gerabak KTM, terdapat 3 beradik yang terpaksa berdiri kerana semua tempat duduk sudah penuh. 2 orang abang dan seorang adik lelaki yang baru masuk darjah satu. 2 orang abang tadi bersandar di pintu KTM sambil ralit ber'SMS'. Tiba-tiba si adik bersuara.
Adik: Along ngan Angah, kenapa sandar kat pintu tu? Kan ade tulis kat situ, 'Dilarang bersandar'. Bahaya la along, angah.
Along: Eh, kau ni bising la. Suka hati aku la nak sandar ke, nak baring ke. Kacau je aku bersms.
Angah: Adik, apa yang bahayanya? Tengok ni, kitorang sandar, tak jadi apa-apa pun. 
Adik: Yelah, nanti kalau tiba-tiba pintu ni terbuka, kan bahaya.
Angah: Skema la adik ni. Along, tengok la adik kita ni. Skema betul. Haha..
Si along dan angah ketawakan adik mereka. 
Si adik pula terdiam sambil mengomel-omel.

Situasi 3:
Seorang ayah dan anak perempuannya menaiki kereta untuk pergi ke sebuah restoran. Dalam perjalanan, lampu isyarat bertukar merah namun si ayah tidak memberhentikan kereta. Anak perempuannya mengerut-ngerutkan dahi dan melontarkan pertanyaan kepada ayahnya.
Anak: Ayah, bukan ke tadi lampu isyarat warna merah? Kenapa kita tak berhenti ayah? 
Ayah: Kereta tak banyak pun tadi. Lagi pun, ayah dah lapar ni. 
Anak: Tapi kan, kalau warna hijau, baru boleh jalan. 
Ayah: Yalah. Bukan ada polis pun tadi.
Anak: Tapi mana tau sebenarnya ada polis ke tadi. Ayah je yang tak nampak.
Ayah: Eh, senyaplah. Kamu tau ape!
Si anak pun terdiam.

* * *
Hmm, kadang-kadang budak-budak lagi faham peraturan mudah daripada kita yang dah besar ni. 
Tahu tak boleh, tapi buat juga.
Bukan ke 'Kepimpinan Melalui Teladan'?
Kalau yang dah besar tak hiraukan peraturan, macam mana la budak yang kecil tu tak ikut?
Boleh fikir sendiri kan.

Memetik kata-kata Ketua DC Puteri, "Kalau nak berjaya, ikutlah peraturan! Hidup pun jadi senang."
Konklusinya, dalam hidup ni masing-masing ada peraturan. Islam sendiri berperaturan.
Bukan ke itu benda baik?
Jadi, faham dan buat.
Be wise!